Sunday, August 14, 2011

Biskut Raya

Skang ni aku baru berjinak2 dengan bisnes biskut raya...Pada yang sudi membuat tempahan sila2 la kontek sy di sini yea...Beraneka macam biskut sy jual...Pada yg berminat sahaja boley menghubungi sy di talian 012-9831847 (Bee)...




Harga :

~Almond London~

50 Biji (RM 25)
100 Biji (Rm50)

~ Tart Nenas~

50 Biji (RM 23)
100 Biji (RM 46)

~Biskut Dahlia~

50 Biji (RM 20)
100 Biji (RM 40)


Thursday, June 30, 2011

Fira cOmpetition

Susah bebenor nak pilih gambar Shafira ni...Dah la masa nak snap pom bukan men susah lagi... Nak kena ikut mOOd dia... Hari tu lak mOOd dia ada kurang baik skit sO nak kena tunggu mOOd dia Ok dulu la baru la dapat hasil yang menakjubkan...hehehe...Banyak2 snap hanya dua jea jadi pilihan hati....Tu pun minta pendapat kawan2 FB...


Yang ni 1st choice pilihan bOnda Shafira....Ok la nOt bad la sgt...Btw i think yang kat bawah ni is better kOt..hehehe

Yang ni sebenarnye aku saje2 jea touch up..Xsangka lak bOnda shafira berkenan...Padahal aku memang berkenan yang ni pom coz aku dah biasa snap picca baby kat studio tempat aku kerja...SO aku tahu la ape yang competiton tu nak...hehehe...At last picca ni jugak jadi pilihan n sudah pun di hantar n tunggu jea la kalu ada rezeki...Dan xlupa jugak kawan2 kat Fb tu yg bertungkus lumus bg pilihan dengan 2 pic ni...MajOriti pilih pic yang ni....Thanx ollz...

PrOjek wedding card....

Skg ni aku ada buat design untuk kad kawen....Kalau ada sape2 berkenan or berminat nak suh aku design pom boley...hehehe.... Sambil2 jea ni tika ada masa free lebih...Nak buat duit lebih...huhu... Ni ada aku display kan hasil design aku kat bawah ni...


So ape komen kawan2??? Nak tempah jgn malu jgn segan sila la hubungi sy yea....

Tuesday, May 24, 2011

FA Cup 2011 (Terengganu VS Kelantan)

Dua gergasi pantai timur Kelantan dan Terengganu mendominasi saingan Piala FA 2011 apabila di jadualkan bertemu sesama sendiri pada Perlawanan Akhir Piala FA 2011 pada 11 Jun 2011 ini..

So, xyah criter ler coz bukan dpt p tgk pom...Jangan kata kat stadium tgk tv live pom belum tentu...Koje la beb... Frust pom nak buat camne dah nama pom p cari rezeki yg halal gitu...hehehe..

Ape2 pom kelantan pasti tidak akn mengecewakan kami rakyat kelantan...Kelazz gitu..ahaksss...


Sunday, February 27, 2011

MOdel



Suka Duka Kehidupan

Walaupun kami kurang harta tp kami sekeluarga kaya dengan kasih sayang...Ini lah realiti kehidupan kami adik beradik...Owez be happy...



Monday, February 21, 2011

Kejadian Pada MALAM PERTAMA


"Malam Pertama Itu Indah dan Asyik?"

Apabila menyebut malam pertama, pasti semua orang akan terbayang satu malam yang penuh dengan keindahan dan kenikmatan. Nikmat duniawi yang tiada tara! Ya, satu malam di mana pasangan pengantin baru yang sah bergelar suami isteri setelah diijab qabulkan akan bersatu, beradu serta berpadu zahir dan batin. Malam penuh bahagia! Sebagai seorang yang masih bujang, persepsi malam pertama yang sering berlegar-legar di ruang minda ialah malam tersebut pastinya merupakan satu malam yang segalanya adalah menyeronokkan, indah-indah, asyik-asyik dan nikmat-nikmat belaka!

Tetapi, pernahkah terbayang dan terlintas di benak fikiran kita satu malam lain yang juga dinamakan malam pertama, namun ianya bukanlah malam pertama perkahwinan?

Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

usung+mati
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?

Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

"Apakah Malam Pertama kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?"

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.

"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

"Nafas terakhir". Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:

"Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah ku tinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'.." Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. "Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut !"

Justeru, bersamalah kita fikirkan MALAM PERTAMA ini dengan mata hati.. Semoga cahaya kesedaran bersarang di hati kita dan nur keinsafan tertanjap sekaligus melimpahi jiwa-jiwa kita. Semoga kita semua terlepas dari 'azab kubur dan beroleh nikmat SyurgaNya di Akhirat kelak. Amiin Ya Rabbal 'Alamin.

Note:
Kematian adalah satu kiamat kecil. Selepas mati terputus lah semua hubungan kecuali 3 perkara ialitu ilmu yg bermanfaat, doa anak yg soleh dan sedekah jariah (amal). Rasulullah sendiri pun merintih kesakitan tatkala nyawa dicabut, apatah lagi kita manusia biasa. Sama2 lah kita bertaubat sebelum terlambat.

Pernah syaitan membisikkan kpd kita "Rilek la dulu bro, mati tu lambat lagi, takkan orang muda dah nak mati, takkan la malaikat maut tak kenal yang muda dan tua...lepas kita buat yg ni kita bertaubat la".

Takut tak sempat bertaubat, kita dah mati. Mari kita perhatikan pokok kelapa. Tak semestinya kelapa tua je gugur, kadang2 yg muda pun gugur, malah putik bunga kelapa juga boleh gugur. Begitu juga dengan kita, ajal maut tak mengenal usia, tua ke muda ke, kadang2 yang dalam kadungan ibu pun boleh mati. Bersiap-siap lah, kerana Allah pasti akan menjemput kita. wallahualam.

Pasir Mas ‘kilang’ jelitawan

TERSOHOR...gadis Pasir Mas terkenal di Kelantan kerana keaslian kecantikan mereka

SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda tempatan mahupun luar Kelantan untuk dijadikan calon isteri.

Malah, tidak keterlaluan jika gadis Pasir Mas yang terkenal dengan jolokan comel ‘lote’ serta memiliki wajah keayuan yang asli itu dianggap sama seperti Cinderella yang sentiasa menjadi igauan setiap ‘putera’.

Ini kerana, bila disebut saja gadis Pasir Mas, ramai pemuda terbayangkan seorang gadis Melayu yang memiliki raut wajah ayu dan jelita, sama seperti gadis zaman bangsawan.

Paling ketara, gadis Pasir Mas memiliki wajah Melayu yang mampu menggoda lelaki tanpa perlu disolek. Selain itu kulit mereka, terutama di tangan, kelihatan lembut dan gebu seperti bayi.


Namun, paling menarik ialah keunikan mata gadis Pasir Mas. Mereka dikatakan memiliki mata menawan iaitu berwarna coklat kebiruan dan kelabu, lengkap dengan alis mata dan kening hitam serta tebal, seolah-olah memakai celak.


Ada penduduk mendakwa wanita dari Pasir Mas mempunyai hubung kait dengan puteri dongeng Kelantan, Puteri Sa’adong yang dikatakan memiliki wajah cantik dan ayu.

Ada juga mendakwa kecantikan kulit gadis Pasir Mas diwarisi daripada nenek moyang mereka yang berasal dari Selatan Thailand dan berhijrah ke daerah ini sejak puluhan tahun lalu.

Nenek moyang mereka dikatakan mengamalkan makan beras pulut setiap hari, selain mandi menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan kulit supaya sentiasa kelihatan menarik dan gebu.

Ada juga yang memakan buah-buahan seperti tomato setiap pagi serta meminum air suam bagi mengekalkan kecantikan kulit badan.

Antara kampung di Pasir Mas yang didakwa tersohor kerana mempunyai ramai gadis cantik ialah Kampung Seberang Pasir Mas, Kampung Betong, Kampung Aur Duri, Kampung Bunut Susu, Kampung Slow Machang dan Kubang Bemban.

Menurut Fatihah Fauzi, 22, dari Kampung Lemal, sejak dulu lagi dia dan dua kakaknya diasuh oleh emak supaya meminum air suam.

“Saya tidak suka memakai alat solek kerana ia dikatakan penuh dengan bahan kimia yang memudaratkan wajah.

“Saya lebih suka wajah ini tidak disolek kerana ia tetap kelihatan ceria jika kita menjaganya dengan baik,” katanya.

Apapun, keistimewaan gadis Pasir Mas pasti mempunyai kaitan dengan sejarah dulu kala.

Berdasarkan sejarah kewujudan Pasir Mas, kawasan itu dipercayai dibuka oleh Che Leh @ Salleh Ismail yang berhijrah selepas tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan untuk membina istana.

Walaupun pada awalnya tidak bersetuju dengan desakan perpindahan itu, Che Leh yang turut digelar Che Leh Tok Pendekar terpaksa akur dengan titah Sultan kerana tidak mahu dianggap menderhaka.

Bekas pesara tentera, Wan Ali Wan Hussin, 75, berkata Che Leh bersama keluarga berhijrah ke arah utara Kota Bharu sebelum membuka penempatan baru yang kini dikenali sebagai Seberang Pasir Mas.

Che Leh dikatakan tertarik membina rumah barunya di kawasan itu kerana ia terletak berhampiran tebing Sungai Kelantan, selain memudahkan beliau dan keluarga melakukan kerja harian.

Katanya, beberapa bulan selepas itu ramai penduduk luar berhijrah ke kawasan terbabit, menyebabkan penempatan itu padat dalam sekelip mata selepas Che Leh mengambil inisiatif sendiri untuk membina surau, pasar dan pangkalan perahu.

“Pada masa sama, seorang guru agama dari Bachok datang mengajar agama di kawasan itu, namun pulang ke kampungnya sebaik selesai mengajar beberapa bulan kemudian.

“Beberapa hari selepas kepulangan guru itu, tiba-tiba muncul tiga biji mangkuk emas di kawasan semak,” katanya.

Menurut Wan Ali, ketiga-tiga mangkuk itu kemudian dikatakan berpusing-pusing membentuk pusaran di sekitar kawasan semak itu, menyebabkan mereka yang melihat kejadian itu menjerit, ‘Mas! Mas!’.

Perkataan ‘pasir’ pula timbul kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing Sungai Kelantan itu kelihatan beberapa longgokan pasir sehingga membentuk padang luas, menyebabkan kawasan terbabit digelar Pasir Mas, hasil cantuman perkataan pasir dan mas.

Selain itu, Pasir Mas pernah menjadi kawasan perdagangan terkenal di rantau Asia Tenggara apabila menerima kemasukan kapal pedagang, khususnya dari Indonesia, China dan Tanah Arab.

Difahamkan, dianggarkan lebih 30 pangkalan bagi pendaratan kapal dan sampan didirikan di sepanjang tebing Sungai Kelantan, antaranya Pengkalan Feri, Pengkalan Gedung, Pengkalan Pasir, Pengkalan Tanjung Muleh dan Pengkalan Tok Leper.


Thursday, February 3, 2011

Keindahan matematik

Keindahan matematik

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini

101%

Dari sudut pandangan matematik :

Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?

Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?

Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%

Bagaimana nak MENCAPAI 101%?

Apakah nilai 100% dalam hidup?

Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ
Digambarkan sebagai:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika:
KERJA KERAS
11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Dan:

Knowledge
11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta

SIKAP
19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD
12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH
19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

Motivasi hidup

Apa maksud motivasi hidup?

Kita lihat dulu apa maksud motivasi.

Motivasi pada asasnya adalah alasan atau dorongan untuk bertindak. Maka motivasi hidup boleh diertikan alasan atau dorongan untuk hidup.

Dari sini akan membawa kepada sebuah pertanyaan besar, mengapa kita hidup? Mengapa kita ada di dunia ini? Siapa saya? Banyak orang yang berusaha untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan ini. Namun kita tidak akan menemui jawapannya atau menemui jawapan yang salah kerana mungkin kita mencari dari sumber yang salah.


Seharusnya, jika kita bertanya mengapa kita hidup, kita harus bertanya kepada Yang Menghidupkan kita. Tiada lain adalah Allah SWT. Dan, Allah SWT sudah menjawab pertanyaan kita ini dan dituliskan dalam kitab suci kita Al Qur’an.

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.

(Az-Zariyat:56)

Jadi ibadahlah yang menjadi motivasi hidup sejati kita. Hidup kita tiada lain hanya untuk beribadah kepada Allah. Segala gerak geri kita, pemikiran kita, dan ucapan kita harus dalam rangka beribadah kepada Allah.

Tentu saja, pemahaman ibadah di sini adalah ibadah secara menyeluruh. Bukan hanya ibadah ritual sahaja, tetapi ibadah secara kesuluruhan. Iaitu semua aspek kehidupan yang kita jalani harus dalam rangka ibadah.

Jika ibadah sudah menjadi motivasi hidup kita, inilah yang perlu kita lakukan:

Pertama: Jadikan, semua yang kita lakukan pada masa ini menjadi bernilai ibadah. Tapi hati-hati, ada berbagai tindakan yang tidak boleh diubah menjadi ibadah iaitu perbuatan maksiat.

Untuk tindakan maksiat, harus dihentikan dan diganti dengan ibadah. Untuk mengganti tindakan “biasa” menjadi tindakan ibadah ialah dengan dua cara:

1.Niatkan sebagai ibadah dan lakukan dengan cara yang sesuai dengan syariat

2. Ketahui apa saja ibadah yang boleh kita lakukan dan lakukanlah seboleh mungkin. Ketahuilah apa yang dilarang dan jangan lakukan.

Mudah-mudahan kita semua menjadi pribadi yang hidup dengan motivasi hidup sejati ini. Inilah moto hidup kita:

Hayatuna kuluha ibadah = hidup kita semuanya adalah ibadah.

Rayuan Syaitan Semasa Bercouple

Gambar hiasan kerana artikel berkaitan dengan lagu Sohaimi Mior Hassan, Anna Rafali dan AltimetKalau Berpacaran.

Rayuan Syaitan Semasa Bercouple

Para pembaca yang budiman, ketika seseorang itu mula dewasa, muncullah benih di dalam jiwa untuk mencintai lawan jenisnya. Ini merupakan fitrah yang diberikan oleh Allah kepada manusia. Allah Taala berfirman yang ertinya, “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan terhadap perkara yang dinginkannya berupa wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenagan hidup di dunia. Dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik. “(Al-Imran: 14)

Etika Bergaul Antara Lawan Jenis

Islam adalah agama yang sempurna, di dalamnya telah ditetapkan selok-belok kehidupan manusia, bagaimana pergaulan antara lawan jenis. Di antara adab bergaul antara lawan jenis sebagaimana yang telah diajarkan oleh agama kita adalah:

1. Menundukkan pandangan terhadap lawan jenis

Allah berfirman yang bermaksud, “Katakanlah kepada lelaki beriman: Hendahlah mereka menundukkan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (An-Nur: 30). Allah juga berfirman yang bermaksud, “Dan katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menundukkan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (An-Nur: 31)

2. Tidak berdua-duaan

Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya.” (HR. Bukhari & Muslim)

3. Tidak menyentuh lawan jenis

Di dalam sebuah hadis, Aisyah RA berkata, “Demi Allah, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun semasa membaiat (janji setia kepada pemimpin).”
(HR. Bukhari).

Hal ini kerana menyentuh lawan jenis yang bukan mahramnya merupakan salah satu perkara yang diharamkan di dalam Islam. Rasulullah SAW bersabda, “Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi, (itu) masih lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya.”
(HR. Thabrani dengan sanad hasan)

Jika memandang saja dilarang, tentu bersentuhan lebih terlarang kerana godaannya tentu jauh lebih besar.

Tersesat Semasa Bercinta

Tatkala adab-adab bergaul antara lawan jenis mulai pudar, luapan cinta yang bergolak dalam hati manusia pun menjadi tidak terkawal lagi. Akhirnya, syaitan berjaya menjerat para remaja dalam ikatan maut yang dikenali dengan istilah “bercinta“.

Allah telah mengharamkan pelbagai aktiviti yang boleh membawa ke dalam perzinaan. Sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud,

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesugguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israk: 32). Lalu pintu apakah yang paling lebar dan paling dekat dengan ruang perzinaan melebihi pintu bercinta ?!!

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata adalah dengan memandang, zina lisan adalah dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan dan berangan-angan, lalu farji (kemaluan) yang akan membenarkan atau mendustakannya. “(HR. Bukhari & Muslim).

Kalaulah kita ibaratkan zina adalah sebuah bilik yang mempunyai banyak pintu yang berlapis-lapis, maka orang yang bercinta adalah orang yang telah memiliki semua kuncinya. Bila-bila masa saja dia boleh masuk.

Bukankah semasa bercinta ia tidak lepas dari zina mata dengan tidak memandang?
Bukankah dengan pacaran ia sering melembut-lembutkan suara di hadapan kekasihnya?
Bukankah orang yang bercinta sentiasa memikirkan dan membayangkan keadaan kekasihnya?
Maka farjinya pun akan akan mengikutinya.Hujan gerimis, insan menangis…
Akhirnya penyesalan tinggallah penyesalan.

Masa tidaklah boleh dirayu untuk kembali sehingga dirinya menjadi tubuh yang masih suci dan belum ternodai semula. Syaitan pun bergembira atas kejayaan usahanya ….

Iblis, Penyesat Yang Ulung

Tentunya akan sukar bagi Iblis dan bala tenteranya untuk menggelincirkan sebahagian orang sehingga terjatuh ke dalam jurang bercinta.

Akan tetapi yang perlu kita ingat, bahawa Iblis telah bersumpah di hadapan Allah untuk menyesatkan semua manusia. Iblis berkata, “Demi kekuasaanMu, aku akan menyesatkan mereka semuanya.” (Shaad: 82).

Termasuk di antara alat yang digunakan Iblis untuk menyesatkan manusia adalah wanita. Rasulullah SAW bersabda,

“Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah (ujian) yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita.” (HR. Bukhari & Muslim).

Kalaulah Iblis tidak berjaya merosakkan agama seseorang dengan menjerumuskan mereka ke dalam gaya percintaan, mungkin cukuplah bagi Iblis untuk dapat ketawa dengan membuat mereka bercinta melalui telefon, SMS, Facebook, chatting dan sebagainya.

Yang cukup menyedihkan, kadang-kadang gaya percintaan seperti ini ditopeng dengan agama seperti dengan pura-pura bertanya tentang masalah agama kepada lawan jenisnya, miss call atau SMS kekasihnya untuk bangun solat tahajud dan lain-lain.

Ringkasnya bersms dengan lawan jenis, bukan saudara dan bukan kerana keperluan mendesak adalah membawa kepada haram dengan beberapa alasan:

(a) Ini adalah semi berdua-duaan
(b) Membazir masa dan wang
(c) Jalan menuju perkara yang haram .

Mudah-mudahan Allah memudahkan kita semua untuk menjalankan perintahNya serta menjauhi laranganNya.

Gelagat Si Shomel






Kemelut Krisis Darurat Di Mesir, Selamatkan Pelajar Malaysia!


Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi raky
at menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir
Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat
Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung. Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 5000 banduan terlepas dari penjara
Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak
Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan. Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan
Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie. Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi. Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.

7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!
Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia

8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini
Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

Everything about dslr..

Kat bawah ni aku show kan gambar2 yg aku tangkap menggunakan kamera dslr macam kat atas tu...Aku masih baru lagi dalam bidang ni...Dalam proses pembelajaran walaupun sudah lama aku terlibat dengan bidang photografi...Tu pun disebabkan aku baru mampu pakai dslr...huhu...MOdel kat bawah ni adalah anak sdara aku , Nur Ain Shafira...




Pemain Pasukan Kelantan 2011


Senarai Pemain Kelantan Musim 2011

1. Khairul Fahmi Che Mat (GK)
2. Sharizan Ismail (GK)
3. Judtanna Eh Put (GK)
4. S. Subramaniam
5. Farisham Ismail
6. Rizal Fahmi Rosid
7. Daudsu Jamludin
8. Zairul Fitree Ishak
9. Zamri Ramli
10. Mohammad Abdul Aziz Ismail (NEW)
11. Wan Rohaimi Wan Ismail (NEW)
12. Mohd Badri Radzi (C)
13. Shakir Shaari
14. Khairan Eroza Razali
15. Wan Zaman Mustapha
16. Zulyusri Che Haron
17. S. Chanturu
18. Solehin Kanasian Abdullah @ K.Soley (NEW)
19. Nurul Azwan Roya (NEW)
20. Danial Fadly Abdullah @ Wirat Nom(NEW)
21. Khairan Ezuan Razali (NEW)
22. Norshahrul Idlan Talaha
23. Ramzul Zahini Adnan
24. Nizab Ayub
25. Khalid Jamlus (NEW)
26. Nicholas Chan (NEW from Cardiff City)

Kelantan Juara Piala Sumbangsih


KELANTAN terus mencipta sejarah, kali ini berjaya menjuarai Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama setelah menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Jaringan penalti Norshahrul Idlan Talaha dan sepakan percuma Badhri Radzi sudah cukup untuk menggagalkan hasrat Selangor meraih kejuaraan sumbangsih itu buat kali ketiga berturut-turut.

Tuah jurulatih baru, Datuk M. Karathu membawa kejayaan kepada Kelantan manakala aksi pemain Selangor kendalian K. Devan tampak lesu dan serba tidak menjadi.

Perlawanan yang dimeriahkan dengan kehadiran 35,000 penonton itu, menyaksikan Kelantan mendahului seawal minit kelapan menerusi sepakan penalti Norshahrul setelah bek kanan Selangor, Razman Roslan menjatuhkan Nurul Azwan Roya.

Tertekan dengan jaringan awal itu, Selangor cuba bangkit dan mendapat peluang terbaik pada minit ke-31 menerusi tandukan Safee Sali tetapi sekadar menggegar palang gol Kelantan.

Sebaik babak kedua bermula, Selangor memasukkan Fitri Shazwan Raduwan menggantikan Safiq Rahim manakala Kelantan pula memasukkan Khairul Izuan Rosli menggantikan Danial Fadzly Abdullah pada minit ke-58.

Permainan terhenti hampir 10 minit pada minit ke-62 setelah penyokong Kelantan bertindak membaling botol minuman dan mercun ke arah padang.

Begitupun ia tidak menghalang Kelantan untuk mendapatkan gol kedua pada minit ke-83 menerusi sepakan percuma Badhri dari sebelah kiri yang gagal diagak dengan baik penjaga gol Selangor, Iqbal Suhaimi.

Jaringan tersebut terus mematikan langkah Selangor meskipun terus menggandakan asakan untuk mencari gol.

Trofi kejuaraan disampaikan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah diiringi Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Tan Sri Khalid Ibrahim dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

“Turun selaku juara Piala Malaysia, tekanan hebat terpaksa dipikul Kelantan. Tapi para pemain telah menunjukkan keyakinan diri yang tinggi.

“Ini merupakan kali pertama Kelantan muncul juara dan saya hadiahkan piala ini buat seluruh penyokong setia Kelantan," kata Karathu.

Devan pula berkata: “Gol awal Kelantan menerusi sepakan penalti telah mematikan rentak permainan kami. ”

Pada perlawanan tersebut, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi cemerlang telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Astro.

Credit:Kosmo